My Playlist

Sunday, November 1, 2009

Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga Berasal Dari Indonesia ?

Ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.

Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.

Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium jangan.

No comments:

Post a Comment