My Playlist

Friday, November 13, 2009

Aku bukan bodoh

puisi ni di ilhamkan dan ditulis ketika aku berasa sedih. ntah la ... dengan tetiba jer nak buat puisi.. tak penah-penah hayat buat puisi.. huhu... pepepun banyak kekurangan puisi ni, tapi sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang sedih ni....



Aku lihat disana
Aku lihat disitu
Aku lihat disini

Telah pun melihat 2 matahari
Satu merah satu putih
Bermulanya hari ku
Pabila lihat matamu

Menyinari hingga menusuk hati
Kubiar kerna ku sayang
Tetapi benarkan aku sebentar
Mengubat luka dihati

Thursday, November 5, 2009

pengalaman kerja swasta

ni jer la gambar yang sempat amik masa keje kat amb(m)sdn bhd. kat sebelah ni namanya skid. projek yang bermasalah sebab banyak barang hilang dan tak cukup. kesnya sebab engineer yang dulu berenti keje camtu jer. tak bagi tau pun info-info sebelum berenti. yang merana nyer engineer yang amik alih. .... dah nasib badan...


















baru naik lepas tgk vessel kat bawah n baru lepas jumpa client inspektor yang garang...








ni la tempat duk rehat-rehat, buat keje, layan internet n lain-lain.... rindunyer...

maaf

... senang betul nak mintak maaf... dan... senang betul nak memaafkan orang lain... tapi adakah betul-betul kita dapat maafkan. klu betul, kenapa perkara yang terjadi susah nak dilupakan.

pelik tapi benar.

Sunday, November 1, 2009

Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga Berasal Dari Indonesia ?

Ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.

Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.

Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium jangan.

puisi? sajak? gurindam? ???

nak kata puisi bukan, nak kata sajak pun bukan, gurindam jauh sekali ... pepepun ini adalah luahan hati seorang kekasih.. baca jer la klu berkesempatan.


Awak
Pertama kali nampak awak hati saya terdetik…
“kalaulah awak jadi teman hidup saya alangkah indahnya”
Tp, saya sedar saya xsecantik mane

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal dalam hati berbunga riang

Awak
Hari ini awak lalu tepi saya
Tapi saya buat bodoh je, tak toleh pun kat awak
Padahal bumi ni macam tak cukup gravity

Awak
Hari ni awak nampak hensem
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak juga puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak buat bodoh je
Malu saya…

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur dalam hati
Jadi awak xpernah dengar
Good lucks and takecare hari-hari

Awak
Hari ni awak sms saya
Ya Allah, gembiranya rasa hati

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa macam jauh giler padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak jalan sebelah saya
Tapi saya tak tau nak ckp ape



Awak
Hari ni hari merdeka
Hari yang bermakna buat kita juga
Terima kasih terima saya seadanya


Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Teringat kenangan dulu

Awak
Hari ni berubah situasi
Saya lupe sume kenangan kite
Saya lupe janji saya pada awak
Saya buat awak menangis dalam hati

Awak
Hari ni saya dah janji…nak pergi
Tapi tak tahu kenapa tak boleh pergi

Awak
Saya menyesal sangat-sangat
Awk sudi maafkan saya
Terima kasih sekali lagi
Saya janji akan jadi yang terbaik untuk awak

Awak
Sebelum pergi..kat sini,
Saya janji semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki

Saturday, October 31, 2009

Welcome to my blog

terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. segala apa yang dipaparkan dalam blog ini adalah mengikut pandangan peribadi semata-mata. apa yang baik diambil yang buruk disisihkan